Wednesday 15 May 2013

SEUNTAI KATA SELAUT KASIH



Blog ini dibina bertujuan untuk memartabatkan karya agung yang merupakan karya paling berharga pada masa ini. Karya agung yang ada perlulah dipelihara kewujudannya, supaya tidak hilang ditelan zaman. Generasi baharu perlu mengetahui sejarah dan wujudnya pelbagai kitab karya agung, kerana di situlah permulaan sejarah hidup kita. Pelbagai cerita dan pengajaran yang boleh diketahui apabila meneliti tujuan kitab karya agung dipelihara. Karya agung inilah yang menggambarkan tamadun dan identiti bangsa Melayu. Penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang bernama Dr. Mohd Rashid bin Md Idris atas ilmu dan galakan dalam menghasilkan blog secara ilmiah ini. Dengan ini dapat juga kami kongsikan ilmu tidak seberapa dengan semua rakan sekursus mahupun para pembaca maya yang singgah di blog ini. Semoga blog ini dapat diisi dengan segala maklumat yang berguna dan dapat juga mewujudkan semangat sesama kita untuk memelihara khazanah warisan bangsa Melayu agar tidak terus dilupakan.


No comments:

Post a Comment